NOTIS PEMBERITAHUAN
Gangguan Perkhidmatan Tertentu AmBank pada 14 Oktober 2017
Pelanggan yang Dihargai,
Harap maklum bahawa perkhidmatan berikut akan mengalami gangguan sementara pada hari Sabtu, 14 Oktober 2017 untuk memudahkan aktiviti penyelenggaran sistem perbankan kami dengan maklumat seperti berikut:
Perkhidmatan Terganggu |
Masa |
• Pembayaran Kad Kredit AmBank • Pembayaran bil menggunakan Kad Kredit melalui AmOnline dan Pusat Panggilan • Pengaktifan Kad Kredit melalui SMS dan Pusat Panggilan • Sekatan Kad Kredit melalui Pusat Panggilan • Semakan baki semasa dan sejarah transaksi Kad Kredit • Pembelian runcit dan dalam talian menggunakan Kad Kredit • Pengeluaran tunai di luar negara dan pembelian runcit/transaksi di tempat jualan/pembelian dalam talian menggunakan Kad Debit melalui rangkaian Mastercard |
12.01 pagi - 6.00 pagi
|
Dalam tempoh ini, sila rancang transaksi dan pembayaran anda dengan sewajarnya.
Segala kesulitan amatlah dikesali. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan kami melalui +603-2178 8888.
Terima kasih kerana berurusan dengan kami.