< Back to Announcements

​​​​​​​​​​​

Relocation of AmBank Pulau Tikus to AmBank Menara Liang Court


Date: 15 November 2023

Dear Valued Customers,

We wish to inform that our businesses at AmBank Pulau Tikus branch will be relocated to AmBank Menara Liang Court branch with effect from 15 December 2023. The details of your new home branch for your ease of conducting your banking transactions over the counter or via the Self-Service Machines are as follows:


Current Home Branch New Home Branch Effective Date
(Last day of operation)
AmBank Pulau Tikus AmBank Menara Liang Court 15 December 2023
 

Rest assured that there will be no change to any of your accounts with us and your account numbers as well as all related details of your other facilities will remain unchanged.

For your convenience, you may also conduct your banking transactions seamlessly via any of the following channels for your day-to-day banking needs:

  • Our Self-Service Machines, i.e., Cash Recycler Machines (CRM), Cheque Deposit Machines (CQM) and Automated Teller Machines (ATM);
  • Our Digital Banking platforms, i.e., AmOnline Internet/Mobile Banking or AmAccess Biz. If you have yet to register for AmOnline, you may go to ambank.com.my or download our AmOnline Mobile Banking App today on Google Play, Apple Store or Huawei AppGallery; or
  • Alternatively, visit any of our AmBank/AmBank Islamic branches nearest to you.

For AmBank SIGNATURE Priority Banking customers, you may continue with your banking activities at AmBank Menara Liang Court branch until the new AmBank SIGNATURE Priority Banking Centre is open.

Please refer to the Frequently Asked Questions that would address any concerns or queries that you may have. Should you require any assistance, kindly call our Contact Centre at 03-2178 8888 which is operational daily from 7.00 a.m. to 11.00 p.m.

We would like to take this opportunity to express our gratitude for your continuous support thus far and we look forward to continue servicing all your banking needs at our new location.

Thank you for banking with us.



Pemindahan AmBank Pulau Tikus ke AmBank Menara Liang Court


Tarikh: 15 November 2023

Pelanggan yang Dihargai,

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami akan memindahkan perniagaan cawangan AmBank Pulau Tikus ke cawangan AmBank Menara Liang Court berkuat kuasa mulai 15 Disember 2023. Butiran cawangan asal baharu anda bagi memudahkan anda melakukan transaksi perbankan anda menerusi kaunter atau Mesin Layan Diri adalah seperti yang berikut:


Cawangan Asal Sedia Ada Cawangan Asal Baharu Tarikh Berkuat Kuasa
(Hari Terakhir Operasi)
AmBank Pulau Tikus AmBank Menara Liang Court 15 Disember 2023
 

Kami ingin meyakinkan anda bahawa tidak akan terdapat perubahan pada mana-mana akaun anda dengan kami dan nombor akaun anda serta semua butiran yang berkaitan dengan kemudahan anda yang lain akan kekal tidak berubah.

Untuk kemudahan anda, anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran yang berikut bagi keperluan perbankan harian anda:

  • Mesin Layan Diri kami iaitu, Mesin Kitar Semula Tunai (CRM), Mesin Deposit Cek (CQM) dan Mesin Teler Automatik (ATM);
  • Platform Perbankan Digital kami iaitu Perbankan Internet/Mudah Alih AmOnline. Jika anda masih belum mendaftar untuk AmOnline, sila layari ambank.com.my atau muat turun Aplikasi Perbankan Mudah Alih AmOnline kami hari ini menerusi Google Play, Apple Store atau Huawei AppGallery; atau
  • Sebagai alternatif, kunjungi mana-mana cawangan AmBank/AmBank Islamic kami yang terdekat dengan anda.

Bagi pelanggan Perbankan Prioriti AmBank SIGNATURE, anda boleh meneruskan aktiviti perbankan anda di cawangan AmBank Menara Liang Court sehingga Pusat Perbankan Prioriti AmBank SIGNATURE kami yang baharu dibuka.

Sila rujuk kepada Soalan Lazim yang akan menjawab sebarang kebimbangan atau pertanyaan yang mungkin anda ada. Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pusat Panggilan kami melalui 03-2178 8888 yang beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan kami terhadap sokongan yang berterusan daripada anda selama ini dan kami amat berbesar hati untuk terus melayani segala keperluan perbankan anda di lokasi baharu kami.

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​